Wednesday, February 23, 2011

.::PeTuA mEnGhILaNgKaN dAgU bErLaPiS::.

Mesti ramai yang kat luar sana ade masalah ni kan..tak percaya?sila tengok cermin sekarang..haha..so..hari ni aku nak share tips2 ataupun petua bagi korang2 yang ada masalah macam ni.Kalau korang nak tahu dagu berlapis ni bukan je terbentuk daripada makanan2 yang korang amik tu.berminyak,berlemak segala.bukan.! faktor lain pun ade jugak.semua ni korang kena amik kira. Yang penting sekali benda2 kat bawah ni korang kena ikut: 


1. Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa. 
2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis. 
3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah. 
4. Lakukan senaman dagu dan leher bila-bila ada waktu yangg terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv , atau ketika di pejabat.

dagu berlapis.!hahaha..

oke..untuk wanita dan para gadis sekalian.Yang ini korang boleh lah amalkan ye.

1. Pastikan korang menyertakan bahagian dagu dan leher setiap kali membersih, menyegar dan melembap.
2. Solekan juga perlu terselaras ke leher dan bahagian bawah dagu. Pastikan bedak alas disapukan rata hingga ke bahagian ini.
3. Jangan sapukan bedak alas di bahagian leher dengan menggunakan teknik dari atas ke bawah. Gunakan pergerakan dari bawah ke atas.
4. Dagu adalah antara bahagian muka yang paling berminyak dan banyak terdapat pundi minyak di situ. Masalah minyak terkumpul di bahagian dagu adalah perkara biasa. Pastikan ia dibersihkan dan dijaga dengan betul.





kalau x amalkan nanti jadi macam ni..haha..

yang penting sekali mestilah ada senaman yang boleh menghilangkan dagu berlapis ni.tak susah sebenarnya.korang boleh buat bila-bila masa dan dimana jua.hehe..


  1. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.
  2. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebanyak 10 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.
  3. Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang  boleh. Ulangi sebanyak 10 kali
  4. Buat senaman muka - a e i o u setiap pagi/ptg/mlm 40 kali semasa mengadap cermin  untuk mencantikkan bentuk muka


ATAU

Tepuk dagu menggunakan belakang tangan - setiap pagi/ptg/malam 40 kali semasa mengadap cermin, untuk mengurangkan dagu berlapis

ATAU

Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan untuk menampung dagu, setiap kali bangun pagi selama 10 minit, siku di atas lutut – untuk mengurangkan dagu berlapis.

ATAU

Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dengan telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi

Harap lepas amalkan tips2 ni korang boleh dapatkan dagu idaman korang tu.amalkanlah.tak susah pun.(peringatan untuk diri saye sendiri jugak).hihi..





2 comments:

-JuvItArs- said...

o mak~~ awt byk sgt ATAU tuh?? pstu asl kena 40x?? adoy~~ dh mcm jampi serapah dh.. biasa org strchg ke..pape2.. 8x tk pon 3x je kn..haish~~

burok bebenor nengok rupe britney spears tuh! ngeri~~ kakakaka

nnt nk cuba buat gk ah... bru jd n nmpk 'ketat' ckit muka+dagu psni..muahhaha

!! AkU sKaNdAl !! said...

hahaha..tu maksudnya mempelbagaikan cara..
kalau malas buat yang tu boleh buat yang lain..
banyak pilihan..
heheh..40 kali bru mujarab.!8 kali manelah nk jd..hohoho..