Sunday, October 16, 2011

.:: iTu KeNyAtAaN ::.

Actually aku dapat kisah ni dari rakan facebook yang lain..hehe..Betul sebenarnya apa yang dikatakan..sedikit sebanyak kisah ini membina sedikit lagi kekuatan dalam diri..Kena terus maju..kumbang bukan seekor..perpisahan yang lalu bukan penyebab untuk kita terus kecewa..So buat sahabat-sahabat sekalian yang baru putus cinta,cinta dari manusia itu bukanlah segalanya..Cinta dari Allah itu lebih penting..Tanpa cinta Allah, Matilah kita..hidup seakan tiada gunanya..binalah kekuatan dalam diri..mungkin ada yang lebih baik untuk semua..

Cinta datang dan pergi..Aku kira itu perkara biasa dalam diri manusia..Adakah yang tidak pernah putus cinta..but take it as a positive way..ok dear..hidup masih panjang..mungkin masih belum ketemu lagi jodoh yang telah ditetapkan buat kita..sabar menanti ye ;)

jom bace!

Suatu hari, seorang anak muda yang sedang putus cinta menangis buaian satu sudut sebuah taman permainan. Tiba-tiba datanglah seorang Pakcik tua lalu bertanya kepadanya, “ Kenapa kamu menangis wahai anak muda?.. hentikanlah air matamu. ”
Anak muda itu menjawab, “ Aku sangat sedih , kerana dia meninggalkan aku. ”
Lalu Pakcik tua itu tertawa sambil berkata, “Wahai anak muda... kamu bodoh sekali! ”
Pemuda itu tersentak lalu bertanya kepadanya, Kenapa berkata begitu.? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan bagiku, tidak mengapa andai Pakcik tidak mahu memujukku , tetapi jangan sesekali mentertawakan aku. ”
“ Bodoh!.. sebenarnya kamu tak perlu bersedih, kerana yang harus bersedih adalah dia,” kata Pakcik tua itu.
Pemuda itu hairan lalu bertanya lagi, “ Kenapa dia yang perlu bersedih, bukankah dia yang meninggalkan aku? ”
“ Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab Pakcik tua lantas menepuk bahu anak muda itu dan terus berlalu pergi.


Moga dapat sedikit pengertian..kekuatan jiwa itu penting agar kita tak mudah tersalah langkah..ujian itu untuk menguatkan jiwa..tanpa jiwa yang kuat kita akan jadi manusia yang paling lemah..


No comments: