Tuesday, April 10, 2012

.::Masih terasa dijiwa::.

Tertarik dengan kata-kata ni:

"Kita bercerita tentang cinta, kita melihat cita-cita dan berkorban kerananya, kita cuba bahagiakan hati kerana terluka. Kita merentas dunia dan mencari siapa diri kata, hakikatnya kita hanya manusia. Sekuat mana pun kita cuba berpaling jauh dari cinta, ia tetap ada dalam dada... "
 Memang benar pun sejauh mana cuba berlari,sekuat mana cuba melupakan,akhrnya akan tetap hadir semula dalam hati. Tak pernah padam,tak pernah surut sekali pun. Bukan tidak pernah aku mencuba untuk mengelakkannya daripada hadir,malah telah aku cuba sedaya upaya. Telah bermacam-macam yang kuberikan untuk mengatasi segala perasaan yang pernah hadir dulu. Untuk menjadi lebih kuat, untuk meneruskan hidup ini, untuk memancarkan keceriaan diwajah walau hati ini pedih terluka tiada siapa yang tahu. Mungkin sudah bergelen-gelen air mata kutitiskan bagi menguatkan diri ini. Bukan air mata menyesali apa yang telah berlaku, tetapi air mata kesedihan yang tidak terungkap. Sukarnya untuk menyatakan apa yang dirasa, tapi hingga kini aku akui kadang-kala aku masih lemah. Masih ada bayangnya dimana-mana. Masih akan ada sesuatu yang membuka lembaran kisah untuk aku mengingati dia. Takkan pernah hilang........

Mungkin inilah cinta. Cinta yang mengajar erti ketabahan, erti menghargai ketika ada, erti kasih sayang sebenar. Kasih sayang yang tiada pengukurnya. Walau tiada ikatan apa-apa,kerana itu tidak menjamin apa-apa. Siapalah aku manusia untuk mengetahui dengan siapa aku bakal ditakdirkan. Tapi cinta ini hadir tanpa dipinta. Puas sudah aku berdoa moga dihapuskan segala perasaan ini. Puas juga aku merayu moga hati ini beku,sebeku-bekunya. Malangnya aku lupa,rasa ini siapa yang memberinya. Rasa ini siapa yang menciptakannya.

Biarlah. Kalau memang dia jodoh aku,pastinya dia akan mencari aku kembali. Dia akan mencari tulang rusuknya yang hilang kerana sakit dihatinya. Aku percaya Allah telah membuat sebaik-baik perancangan buat aku. Buat dia. Biarlah aku merancang sekuat mana pun andai Allah tidak mengizinkan,maka tidak akan terjadilah ia. Segala-galanya aku serahkan kepada Allah. Dia Maha mengetahui tiap-tiap sesuatu. Sedang aku hambanya hanya redha dengan tiap yang ditakdirkan buat aku. Moga yang terbaik buat aku. Buat dia. Moga aku terus cekal dan moga dia juga terus kuat. Walau apa jua yang dia telah lakukan aku mahu dia bahagia,biarlah aku merasa deritanya. Aku rela. Tiada kejayaan kalau tiada kesakitan. Moga kesakitan ini hanya seketika cuma.

Aku cuma mahu dia tahu. Aku tak pernah buang dia jauh dari hidup aku. Malah terlalu dekat. Dia takkan pernah tahu. Setiap apa yang dia lakukan pasti aku akan cuba untuk mengetahuinya. Kenapa aku taknak terserempak dengan dia? aku tak suka. Sebab hati aku akan menjadi rapuh,terlalu rapuh. Aku akan menangis dan termenung. Semangatku hilang entah kemana.Tapi Allah takdirkan aku masih dapat bertemu dia. Allah mahu mengubati rindu dijiwa ini agaknya. Dan andai dia bertemu cinta yang baru,aku tak mahu dia kecewa. Aku mahu dia bahagia sentiasa. bahagia. Aku mahu melihat senyuman itu. Senyuman yang suatu ketika dahulu menghilangkan kegusaran dihati. Cukuplah hanya doa diantara kita. Mungkin ketika itu usia kita muda,tidak matang serba-serbi. Takpelah sekurang-kurangnya aku mengenali sesuatu.

Semoga dia tidak membenci aku.


2 comments:

Anonymous said...

SEDIH, HIBA..ALLAH SAHAJA YANG TAHU...AMATLAH MENIPU JIKA SGT MUDAH UNTUK HAPUSKAN RASA APA YANG AWAK RASA

..BUT YOU ALL HAVE TO STAY AWAY..

BIARLAH DI ANGGAP ZALIM DAN KEJAM OLEH PENILAI-PENILAI DI SEKELILING YANG ADA...KERANA MEREKA TIDAK FAHAM DAN TAK AKAN FAHAM....

GEMBIRKANLAH HATI MU WAHAI KASIH DENGAN CARI CINTA DAN REDHA ILLAHI..... KERANA KEBAHAGIAN HIDUP KITA ADALAH KETENANGAN DALAM MELAKUKAN IBADAH...

ADA SATU PERKARA: NAK RASA HEBATNYA CINTA PADA NYA

SUBUH BERJEMAAH DI MASJID SELAMA 30 HARI ...

SURAH YASIN SETIAP PAGI...

INSYAALLAH...AWAK AKAN RASA KEBAHAGIAAN YANG PALING BESAR....

AWAK MENANGISLAH KERANA CINTA ILLAHI.. JGN MENANGIS KERANA DIA


...SUNGGUH DIA TAK LAYAK....

Fatin Shazwani said...

speechless..hanya mampu baca berulang-ulang kali..huhu

takpelah..sekurang-kurangnya saya tahu sesuatu..saya pasrah..saya redha..dan semuanya saya serahkan pada DIA..apa ajalah yang mampu saya lakukan..hanya mampu berdoa dikejauhan..moga diberi pentunjuk..moga dipermudahkan segala urusan..

moga dicekalkan hati..moga diberi kekuatan..segala ketentuanNYA saya terima dengan hati yang terbuka..setiap yang berlaku pasti tersembunyi hikmah yang kadang-kala tidak terlihat oleh kita..