Saturday, April 7, 2012

.::Steamboat::.

Lamenya tak update blog kan..busy sangat..tapi memandangkan dia pun busy sejak akhir-akhir ini dan aku juga tidak berkesempatan menceritakan apa-apa maka jari jemariku mula menari di papan keyboard ini :)

Sebenarnya perkara ini tak dirancang pun dan aku pun tak tahu menahu.alih2 bangun tido dalam pukul 5 lebih tadi (setelah berpenat lelah duduk di lab..huhu..) tiba-tiba wani tanya 'kitaorang nak makan steamboat,nak ikut tak'. aku apa lagi..pucuk dicita ulam mendatang lah. memandangkan aku tidak pernah lagi ke situ dan memang telah lama menyimpan hasrat untuk ke situ. Hik3. Akhirnya sampailah juga ke East Coast Buffet Steamboat. Ini link dia kat fb kalau korang berminat nak pergi sana. Boleh reserved tempat okey :)


menariknya dengan hanya bayaran sebanyak RM22 bagi dewasa dan RM14 bagi kanak-kanak,korang boleh makan apa sahaja yang ada dekat situ. Tapi pastikan habis okey. Kalau tidak kena bayar extra pulak.hihi.
Okey,ini antara yang kitaorang amik semalam.hehe.

Sebelum di steam dan di bot kan


semuanya amik lebih kurang penuh satu pinggan ni
sementara menunggu siap masak.tak sabarnye!
aiskrim dia sedap!
Inilah antara makanan-makanan yang ada.Mostly,macam yong tau fu tu but ada jugak udang,sotong,ketam macam-macam lagi lah. telur,mee,yee mee sume ada. diorang siap provide teh (tawar) sekali.teh yang ni takpe kira package. tapi kitaorang bantai amik air lain semalam. Ingat free,amik je. rupenya tak.haha.kena caj extra RM14 lagi. So total 4 orang makan RM88+RM14=RM102

posing sat


muka perut penuh gile =,=


sisa-sisa yang tinggal

So,yang tinggal dekat-dekat area kuantan ni meh lah pekena east coast buffet steamboat ni.Korang datang pukul 5 pastu duduklah sampai kedai tutup pukul 11 =,= makan lah apa sahaja.hehe.


2 comments:

-JuvItArs- said...

byk ke cik paten mkn..nmpk prot cm kcik je.. agk2 mkn sume2 tu cecah tk ngn byran?? hahahha

air tin dia rm3 ko setin..pndai sgt amik..hahahha

Fatin Shazwani said...

toh le..tapi cukuplah sekali ni..muak gile kowt..perut penuh gile2..aigooo..

kitaorang amik 6 tin kowt + 2 botol air mineral..haha..ingat free je =,=