Tuesday, April 19, 2011

.::WaHaI aDaM pEmImPiN DaN hAwA yAnG DiPImPin::.

Tadi blogwalking terjumpalah artikel ni. Bagi aku ia punyai maksud yang mendalam.just nak share dengan korang and buat simpanan dalam blog aku ni untuk dikenang kembali waktu tua-tua nanti.

Wahai adam, Hawa itu tercipta indah dari rusukmu 
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu 
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia 
Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..

Wanita akal senipis rambutnya 
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita 
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah 
Masih mencari walau ada segalanya 
Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok  
Untuk diluruskan oleh lelaki. 
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, 
Mana mungkin kayu yang bengkok, menghasilkan bayang yang lurus ..


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah 

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah  
Didiklah mereka dengan panduan darinya 
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta  
kerana nantinya mereka semakin liar 
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan 
kerana nantinya mereka akan semakin derita 
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal 
Di situlah punca kekuatan dunia ..




Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu 
Hati serapuh kaca 
Kuatkanlah ia dengan iman... 
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak  
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..


Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya 
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan 
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah



Wanita yang lupa hakikat kejadiannya 
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan 
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
 Bahkan akan semakin membengkok 
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya


Bila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara...
 Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya 
Jinakkan diri kepada Allah Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu 
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' 
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah...



Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!
 Lindungilah hawa itu. Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik. 
Lindungilah hawa itu Lunakkan telingamu dan ajarinya  dengan nafas alunan suci Quran...


Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam, di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,  kerinduan, kegelisahan yang dihadapi  dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha  mengkafarahkan dosa-dosa kecil..


Wahai lelaki...wahai adam, Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya 
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya 
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya 
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu 
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan 
Ingatlah wahai lelaki.. ♥



Wahai lelaki yang punye peranan besar,
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih syg padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..
Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu.... ♥

P/S moga lelaki yang menjadi jodohku berada hampir denganku..

with love,

No comments: