Saturday, May 1, 2010

.::LaWaK2..=))::.

hahaha..ak de terbaca ni psl pepatah melayu yang diubah..lawak kowt..nak share di cni..slmt brgelak ketawa yep..ngeh3.. 1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori. 2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain. 3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam. 4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu. 5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang) 6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis. 7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau) 8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu 9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi. 10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape) 11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak. 12. Biar korek hidung jangan korek tabung. 13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih. 14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu. 15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti- nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah....... 16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap. 17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman. 18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan. 19. Biar lambat asalkan perlahan. 20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah.... 21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan. 22. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

9 comments:

WunnyNiwaa said...

hahahahahhaha.
pecah perut aku baca peribahasa2 ni ok!!
haahahahahahahahaha.
merosakkan peribahasa dulu2

Fatin Shazwani said...

hahah..taw xpe wani..lawak an.?ngeks je..

Silent said...

study humor ke weh?huhu

Fatin Shazwani said...

xdlah study..bru nak mengenali ni..ngeh3..

Jard The Great said...

ahahhaa.. lawak siot ar... dari mana dpt ek?

Anonymous said...

dik kalo x letak lagu2 x boleh ker??semak arrrrrr

Fatin Shazwani said...

JTG:heheh..sgt kowt..merepek je..dpt la dr sumber2 yg ley dprcayai..agagaga~
anonymous:erk..sapekah gerangan anda.?de org ske dtg blog sbb nk dgr lagu..kui3..

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

ayat tak boleh bla --> ayam kebogelan <--
euuu...seksinye ayam...nak dijadikan ayam golek ke ? hahaha..'

peribahasa sekarang ngan dulu..mmg lain kan..kan..kan.. sekarang ni peribahasa pon buat main2..hahaha

Fatin Shazwani said...

heheh taw xpe..ni just for fun jep..release tension kn..gelak2..heheh..